Facebook Dijangka Mencapai 1 Bilion Pengguna Menjelang Ogos 2012

Mengikut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh pihak iCrossing, ianya menunjukkan sebuah unjuran di mana menjelan bulan 8 kelak, bilangan pengguna berdaftar dengan laman sosial terkenal, Facebook, dijangka mencapai 1 bilion. Laporan tersebut dikeluarkan menggunakan data-data pertambahan bilangan pengguna Facebook semenjak 2006, di mana pada awalnya kadar pertumbuhan pengguna Facebook lebih tinggi berbanding masa kini.

Facebook 1 billion

Seperkara yang menarik lagi, menurut kajian yang dilakukan, negara-negara pengguna awal Facebook seperti Amerika Syarikatmenunjukkan kadar pertambahan pengguna baru Facebook semakin perlahan, berbanding kadar pertambahan penduduk di negara-negara sedang membangun seperti India dan Brazil.

Kami di Woot.my berpendapat bahawa jumlah pengguna daripada data-data yang dikumpulkan bukan menggambarkan jumlah sebenar manusia yang menggunakan Facebook. Ini berdasarkan fakta bahawa terdapat segelintir pengguna yang memiliki lebih daripada satu akaun Facebook, dan tidak mustahil terdapat juga pengguna yang mempunyai sehingga 5 akaun Facebook, atau lebih. Walaubagaimanapun, jumlah sebenar manusia yang menggunakan Facebook mungkin tidak banyak beza daripada data-data yang dikumpulkan.

Pautan

  1. [...] ini kami perlu berkongsi mengenai unjuran pengguna Facebook yang dijangka mencapai 1 bilion pengguna menjelang bulan Ogos tahun ini. Walaubagaimanapun, seperti yang kami nyatakan dalam artikel tersebut, jumlah sebenar pengguna [...]