Kini Kelajuan Internet Dunia Mencapai 186Gbps

Para saintis dan pengkaji di California University of Technology (Caltech) telah berjaya membuat rekod baru dunia, apabila kelajuan menghantar data yang mereka peroleh mencapai purata sehingga 186Gbps di dalam liputan rangkaian. Kelajuan 186Gbps ini bergerak kira-kira 2 000 000 GBs setiap hari, tentu sahaja ianya sangat laju dan mampu menghantar 100 000 keping CD Blu-ray yang penuh hanya dalam 1 hari.

Pencapaian tersebut akan membantu dan memudahkan menghantar data dengan jumlah yang amat besar dengan cepat melalui rangkaian global. Kemungkinan purata kelajuan teknologi baru ini menghantar data dalam 40 hingga 100 Gbps, dan ianya dijangkakan akan hadir dalam waktu terdekat. Namun untuk penggunaan komersial pula kemungkinan masih lama lagi.
Negara orang lain dah sampai 186Gbps, kat Malaysia agak-agaknya bila la dapat speed macam nie kan?

About YunAni

.: penulis di Woot.my :.

Komen Pembaca

  1. ZafranZulkifli says:

    bayaq lebih dpt la….

    • @ZafranZulkifli Haha of course lah. Tapi bandwith kat Malaysia masih mahal berbanding luar negara. Di luar negara, bandwith murah, speed laju. Harap2 Malaysia macam tu juga dalam 2 3 tahun lagi hehe

  2. 186gbps ni pun bkn penggunaan komersial lg..