Pada majlis CES 2012, Motorola dan syarikat telekomunikasi dari Amerika Syarikat, Verizon Wireless telah mengumumkan gajet terbaru dari Motorola, Droid 4. Droid 4 mempunyai ketebalan 4 inci dengan paparan gHD, menggunakan prosessor 1.2Ghz dua teras dan 1GB RAM.

Selain itu, telefon tersebut menggunakan sistem operasi Android 2.3.5 Gingerbread, dengan kapasiti 16gb storan bina dalam, dengan pilihan 32GB storan menggunakan kad microSD. Selain itu, para pengguna juga boleh mengemaskini Android mereka ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich kelak.
