Baju Raya Kucing? Ada Ke?
Hai korang, jom kita bercakap tentang fesyen yang comel – baju kucing! Bagi peminat kucing di luar sana, memadankan pakaian dengan elemen kucing pasti membawa seribu kegembiraan. Baju kucing bukan sahaja lucu, tetapi juga mampu mencerminkan personaliti yang playful dan quirky.
Untuk hari raya yang akan datang, mesti ada yang teringin mencari baju raya untuk si bulu kesayangan kan? Takkan kita je nak berbaju raya, mesti la si bulus pun nak. Apa lagi kalau baju raya tu sama warna pulak dengan baju kita sekeluarga. Dari kucing sampai ke manusia sedondon, mesti lah cantik!
Baju Raya Kucing Betina
Untuk kali ini, produknya ialah khusus untuk kucing betina sahaja. Kenapa?
Kerana, ianya ialah baju kebaya! Yes, jangan main-main baju kebaya tau. Tengok ni comel tak?
Terdapat banyak corak dan warna yang korang boleh pilih untuk kucing kesayangan. Rasanya kalau lambat mesti cepat habis sebab bukan senang tau nak jumpa baju kucing jenis kebaya. Nanti dah dekat nak raya lagi la susah nak dapat.