
Tak kiralah untuk kegunaan anak sekolah atau kita nak guna untuk bawa ke pejabat, tak dinafikan sebenarnya mencari botol air idaman sebenarnya benda yang leceh. Kalau jenis yang tak cerewet memang mudah, pakai je botol air mineral tu, selesai masalah. Tapi untuk orang yang mencari botol air idaman, mesti ada ciri-ciri yang tertentu kan?
Jika anda menggunakan botol air mineral yang biasa, masalah dengan botol air itu ialah plastik yang digunakan tak semuanya selamat. Ukuran botol air mineral juga terlalu tinggi, nak bawak pergi office pun kena bawa beg yang boleh tutup saiz botol tu.
Selain itu, mekanisme penutupnya tak bagus. Kalau tutup kurang ketat sikit, dah menitik air dalam beg atau atas meja. Mesti anda pernah ada masalah anak sekolah yang bawak botol ni beg atau buku basah sebab anak anda tutup botol air mineral tak ketat, betul tak?
Botol air mineral Spritzer
Botol air mineral memang murah, bawah RM5 je dah boleh dapat, tapi kalau kita nak bawa pergi pejabat, design botol air mineral ni tak cantiklah kan? Dengan sticker brand kat botol tu lagi. Tak glamour langsung!
Ini dia botol air yang lebih baik, botol air Hameka yang viral dan comel. Cantik tak?
Botol air ini datang dengan beberapa warna pastel menarik seperti warna pink, beige dan biru muda. Selain itu, anda juga akan mendapat sticker 3D yang comel untuk ditampal di botol air anda. Barulah seronok nak bawak botol air pergi pejabat!