
Kecekapan adalah penting dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah, terutamanya bagi perniagaan kecil yang berusaha untuk berkembang. Dengan pengenalan sistem invois online yang paling mudah digunakan, membuat invois dan menguruskan transaksi kewangan tidak lagi menjadi tugas yang sukar.
Invois Online ialah sebuah sistem invois online yang dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia yang mempunyai beberapa ciri yang sangat menarik yang anda boleh gunakan dalam perniagaan anda.
Berikut ialah ciri-ciri sistem invois online ini.
Anda boleh cipta dokumen sebutharga secara mudah, hanya dengan satu klik sahaja sebutharga anda sedia untuk dimuatturun.
Masukkan perkara, kuantiti, harga unit, jumlah cukai (jika ada). Jumlah akhir keseluruhan akan dikira automatik.
Lihat prestasi syarikat, bayaran yang belum dilunas, serta jumlah pendapatan tahunan terus dari halaman Dashboard.
Terima pembayaran dari pelanggan menggunakan kaedah FPX yang menyokong pelbagai institusi dan bank tempatan.
Menerima pembayaran pelanggan secara manual? Senaraikan sahaja semua akaun bank syarikat milik anda.
Anda boleh mengubah warna latar, jadual, serta tulisan dalam dokumen invois dan sebutharga anda pada bila-bila masa.
Fungis email telah tersedia di dalam sistem, hanya dengan satu klik pelanggan anda boleh menghantar salinan invois/sebutharga.
Papar logo syarikat/organisasi milik anda pada setiap dokumen invois dan sebutharga.
Setiap dokumen invois dan sebutharga yang anda jana boleh dimuaturun dalam bentuk/format PDF untuk simpanan atau dicetak.
Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu syarikat/organisasi, asingkan dalam profil akaun berbeza.
Setiap rekod pelanggan yang anda masukkan akan disimpan secara sistematik dan terurus oleh sistem.
Percuma dengan limitasi tertentu dan hanya RM20 sebulan untuk fungsi yang sepenuhnya.